Monday 24 June 2013

Nampak tak permainan dia?!!!

Seperti biasa, setiap kali perhimpunan haram diadakan, setiap kali itu juga lah mereka meninggalkan otak mereka di tong-tong sampah. Tak pedulikan langsung tentang anak-anak mereka, tak peduli langsung tentang kesihatan keluarag yang dipaksa berhimpun demi perjuangan yang sia-sia.







Wajarkah Kanak-Kanak Digunakan Bagi Mencapai Agenda Politik? Pikir-pikir la wahai ibu - bapa...


Pepatah Melayu menyebut “melentur buluh biarlah dari rebung” bermaksud jika mahu mendidik seorang anak sebaiknya ia hendahlah bermula sedari kecil.






Tuesday 11 June 2013

Rasanya sudah puas kita mendengar dan melihat bagaimana beberapa pihak, khususnya para penyokong Pakatan Haram yang begitu kurang ajar mempertikai dan memperlekehkan institusi DiRaja di negara ini.

Mereka begitu lancang dan tidak lagi berselindung apabila begitu biadap menghina DYMM Yang DiPertuan Agong serta DYMM Sultan-Sultan di negara kita. Kebanyakkannya mereka adalah kaum Cina dan segelintir bangsa Melayu yang derhaka pada “payung negara” itu.

Sudah banyak laporan polis dibuat dan khabarnya siasatan sedang dibuat. Malah ada beberapa individu yang telah ditahan reman oleh pihak PDRM atas kenyataan yang mampu mencetus ketegangan di kalangan rakyat Malaysia itu.

Namun persoalannya, siapakah yang “mengasuh” dan mendorong mereka-mereka ini untuk bersikap kurang ajar dan biadap itu?



Dalam pengamatan saya, sebenarnya ada di kalangan kaum Cina yang sudah lama tidak menghormati sistem perlembagaan beraja yang diamalkan di Malaysia. Sudah lama ia berlaku, namun mereka hanya berani bercakap di belakang saja…

Kebanyakkan penghinaan terhadap institusi DiRaja sebelum ini hanya berani diungkapkan dalam bahasa Cina. Itu pun dalam kelompok mereka saja dan dilakukan secara sembunyi-sembunyi bagi mengelak dari pengetahuan rakyat lain, khususnya bangsa Melayu.

Namun, mungkin kerana mereka melihat dan mendengar bagaimana beberapa individu dan pemimpin Melayu Pakatan Haram yang begitu berani mempersoalkan Raja-Raja dan Sultan-Sultan di negara ini, maka mereka makin berani untuk meluahkan apa yang terbuku di hati secara terbuka.

Pada mereka, Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu itu hanyalah membuang duit rakyat. Mereka terang-terang menghina dan merendah-rendahkan “payung negara” itu tanpa rasa hormat lagi. Sama ada di blog, Facebook mahupun Twitter, mereka teruskan sikap biadap mereka itu.

Ada yang mencadangkan agar sebuah akta khas digubal untuk menghukum mana-mana individu yang menghina institusi Kesultanan Melayu itu. Ada yang mahu golongan biadap ini dilucutkan kewarganegaraan.

Ada yang mengingatkan mereka tentang Jos Soli dan Kontrak Sosial. Malah ada juga yang mahu mereka ini tidak dibenarkan kembali ke negara ini jika mereka berada di luar negara…

Pada saya, saya lebih bersetuju jika golongan yang menghina dan memperlekehkan institusi DiRaja itu dilucutkan kewarganegaraannya, dihalau keluar dari Malaysia dan tidak lagi dibenarkan masuk ke negara ini seumur hidup.



Kenapa? Kerana mereka tidak sedar bahawa bumi yang mereka pijak ini sebenarnya adalah milik mutlak Raja-Raja dan Kesultanan Melayu. Malah golongan kurang ajar itu tidak layak menjadi warganegara Malaysia kerana sikap mereka yang bertentangan dengan rukunegara.

Selain itu, kalau mereka dibiarkan terus berada di negara ini dan terus menerus menghina DYMM Raja dan Sultan Melayu, saya khuatir kalau ia mencetuskan kekecohan yang mengakibatkan berlakunya huru-hara yang mampu menjadi “tragedi” di luar jangkaan.

Bukan apa. Sudah lumrah akibatnya begitu. Cuba bayangkan dulu apa yang akan terjadi kepada mereka yang menghina Maharaja dan mana-mana Dinasti di Tanah Besar China. Kalau tidak dipancung seisi keluarga, pasti individu yang menghina itu akan dibunuh sida-sida, bukan?

Sekarang China tidak ada maharaja pun, namun undang-undang mereka lebih kejam. Misalnya, pihak kerajaan komunis China tidak teragak-agak membunuh anak dalam kandungan seorang ibu jika kandungan itu adalah anak kedua di dalam sebuah keluarga.

Ini adalah kerana polisi kerajaan komunis China hanya membenarkan seorang saja anak bagi setiap keluarga dan mereka yang tidak mengikut polisi itu dianggap “penderhaka” dan layak dibunuh!

Jadi, adalah sangat ringan hukumannya untuk dilucutkan kewarganegaraan dan dihalau keluar dari negara ini jika menghina institusi Kesultanan Melayu di Malaysia. Sekurang-kurangnya nyawa mereka masih ada, bukan?

Anda bagaimana? Apa padangan anda pula? DMC


Tuesday 7 May 2013

Monday 6 May 2013