Wednesday 17 April 2013

Pilihanraya (PRU 13) makin dekat. PAKATAN PEMBANGKANG, demi mahu merebut kuasa akan menggandakan propaganda khususnya dalam media massa. Beberpa perkara harap dapat di ambil perhatian semasa berkempen.

1. Lakukan kempen yang beretika dan berprinsip. Jangan memburukan pihak lawan dan elakan taktik kotor. Elakan sentimen perkauman dan keagamaan. JANGAN tiru cara PKR. Lawan dan bezakan kita dengan PKR melalui kempen yang bersih. Rakyat akan menjadi positif kepada BN dan UMNO khususnya.

2. Jaga kesatuan BN. Sedikit kesalahan akan diperbesarkan oleh media PEMBANGKANG. Antara seni peperangan politik ialah “jaga mulut”.

3. Sedarkan orang Melayu tentang kronisma yang kronik bernilai billion ringgit hanya menkayakan segelintir elit PEMBANGKANG dan “ orang dalam”.

4. Terangkan dasar KERAJAAN , bezakan dengan MANIFESTO BUKAN JANJI PEMBANGKANG. 
Pelajaran percuma, harga minyak turun, hapuskan PTPN, AES, Tol, Harga barangan lebih murah, hutang Negara, ketirisan wang haram dll adalah penipuan pembangkang semata-mata.

5. Terangkan penganiayaan dan sikap lepas tangan PR ke atas rakyat Selangor dengan pelbagai JANJI YANG TIDAK DIKOTAKAN.

6. Sasarkan golongan muda lelaki dan wanita. Mereka mudah faham dan akan mempengaruhi keluarga mereka. Mereka pandai gunakan IT. Mereka akan dapat maklumat tepat dan sampaikan. 

7. Terangkan bahawa BN telah buktikan kemampuan mentadbir selama 55 tahun. Banyak dasar dan manifesto BN telah direalisasikan melalui manifesto JANJI DITEPATI.

8. Pastikan kita berada diluar rumah sepanjang hari mengundi. Bantu apa yang perlu. Jadikan kemenangan BARISAN NASIONAL sebahagian dari sejarah manis untuk semua rakyat Malaysia. Jadikan PRU13 satu nostalgia paling terindah. Abaikan sebarang provokasi PEMBANGKANG. Memang mereka sengaja nak cetuskan ketegangan. 

9. JANJI DITEPATI, MEMBAWA HARAPAN!





0 comments:

Post a Comment