Wednesday 24 April 2013

Merujuk kepada kekeliruan yang ditimbulkan melalui media sosial berkaitan anggota polis sudah mula mengundi, berikut adalah perbezaan di antara Undi Pos dan Undi Awal:


UNDI POS - akan diadakan lebih awal iaitu sebaik sahaja kertas undi dicetak dan pengundi pos perlu mengembalikan kertas undi yang telah ditanda kepada Pegawai yang bertanggungjawab untuk menyerahkan kepada Pejabat Pegawai Pengurus selewat-selewatnya pada jam 5.00 petang pada hari mengundi. Bagi PRU 13, undi pos telah bermula PADA 23 April 2013 iaitu setelah pihak PDRM menerima kertas undi dari pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).



UNDI AWAL - akan diadakan lebih awal sebelum tarikh pengundian biasa. Kertas-kertas undi yang telah ditanda akan disimpan dengan selamat dan akan dibuka untuk pengiraan pada jam 5.00 petang pada hari pengundian sebenar. Bagi PRU 13, pengundian awal telah ditetapkan pada 30 April 2013.




Anda layak untuk memohon untuk mengundi melalui pos sekiranya anda memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan: 


1. Anda layak untuk memohon untuk mengundi melalui pos sekiranya anda memenuhi semua syarat-syarat seperti yang berikut:

a) Warganegara Malaysia
b) Pemilih berdaftar
c) Tergolong dalam salah satu daripada kategori seperti yang berikut :
  • (i) Seorang yang diperakui oleh SPR sebagai seorang pegawai pilihan raya dan kena menjalankan tugas pada hari mengundi;
  • (ii) Seorang anggota mana-mana pasukan polis atau tentera yang bertugas pada hari mengundi awal;
  • (iii) Seorang anggota SPR yang dilantik di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan; dan
  • (iv) Seorang pekerja media yang ditetapkan sebagai Pengundi Pos oleh SPR
2. Anda perlu menghantar Borang 1A kepada Pejabat Pegawai Pengurus di bahagian pilihan raya di mana anda didaftarkan melalui cara yang berikut:
  • a) Melalui faks (nombor faks akan dipaparkan selepas pembubaran Parlimen)
  • b) Melalui pos ke Pejabat Pegawai Pengurus (alamat akan dipaparkan selepas pembubaran Parlimen)
3. Permohonan untuk mengundi melalui pos boleh dibuat kepada Pegawai Pengurus bermula pada tarikh pembubaran Parlimen sehingga hari kedua selepas hari penamaan calon. Sila rujuk warta P.U.(B) 32.

4. Syarat kelayakan yang dikenakan bagi pekerja media memohon mengundi melalui pos adalah berikut;
a) Diperakukan oleh majikan akan bertugas di luar kawasan bahagian pilihan rayanya pada hari mengundi ; dan
b) Bertugas untuk membuat liputan pilihan raya dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

5. Sekiranya terdapat apa-apa pertanyaan mengenai undi pos dalam negara, sila berhubung di talian 03-88856565

http://www.spr.gov.my/indexPengundian.html

0 comments:

Post a Comment