Friday 26 April 2013

Perkara pokok yang harus kita tentang ialah HUDUD PAS bukan HUDUD islam. ade beza antara hudud pas dan hudud isllam. Hudud islam itu adil. Hukuman adalah sama untuk semua agama bagi setiap kesalahan. Manakala hudud pas hanya dikenakan pada hanya pada orang islam shaja.

Sebagai contoh sekiranya seseorg itu merompak/mencuri, orang islam dikenakan potong tangan, manakala org bukan islam hanya dipenjarakan atau di denda shj. Adil kah begitu? Islam itu adil. tapi manusia yg menjadikan ia sebaliknya. Jika nak laksanakan, laksanakan secara semua.

Saya bagi contoh yg lain, Ali bekerja 5 jam sehari dan dibayar RM 10, manakala Ah chong juga bekerja 5 jam sehari melakukan kerja yang sama tetapi di bayar RM 100. Adil kah begitu..?

Apa yg di terangkan oleh mahathir adalah hudud pas tidak adil kerana kesalahan yang sama tidak diberikan hukuman yg sama. Tun. M tidak pernah menentang HUDUD ISLAM tetapi HUDUD PAS

KOTA BHARU- Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei ini walaupun ditentang parti komponennya, DAP.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bagaimanapun hudud hanya akan dilaksanakan untuk orang Islam tanpa melibatkan golongan bukan Islam.

“Hudud ini dalam agama Islam, juzud daripada Islam, sokong atau tidak ia adalah asam garam daripada al-Quran sendiri.

“Tentang hudud kita laksanakan pada orang Islam sahaja dan ia akan diluluskan oleh satu badan dipanggil kehakiman, bukan orang politik,” katanya kepada media selepas merasmikan projek pembangunan bercampur Taman Iman Jaya, Wakaf Che Yeh di sini, semalam.

Menurutnya, kelulusan daripada badan kehakiman pula bergantung kepada syarat tertentu sebelum ia benar-benar dapat dilaksanakan.

“Jika tak cukup syarat, maka turun hudud kepada takzim, cukup syarat dia baru guna hudud, itulah sudah direkod sudah ditulis bertahun-tahun dulu,” katanya mengulas kenyataan Timbalannya, Datuk Haron Din yang menyifatkan persetujuan DAP menggunakan logo Pas bermakna parti itu (DAP) bersetuju dengan dasar Pas.




0 comments:

Post a Comment