Showing posts with label FRIENDS OF bn. Show all posts
Showing posts with label FRIENDS OF bn. Show all posts

Wednesday, 24 April 2013

Merujuk kepada kekeliruan yang ditimbulkan melalui media sosial berkaitan anggota polis sudah mula mengundi, berikut adalah perbezaan di antara Undi Pos dan Undi Awal:


UNDI POS - akan diadakan lebih awal iaitu sebaik sahaja kertas undi dicetak dan pengundi pos perlu mengembalikan kertas undi yang telah ditanda kepada Pegawai yang bertanggungjawab untuk menyerahkan kepada Pejabat Pegawai Pengurus selewat-selewatnya pada jam 5.00 petang pada hari mengundi. Bagi PRU 13, undi pos telah bermula PADA 23 April 2013 iaitu setelah pihak PDRM menerima kertas undi dari pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).



UNDI AWAL - akan diadakan lebih awal sebelum tarikh pengundian biasa. Kertas-kertas undi yang telah ditanda akan disimpan dengan selamat dan akan dibuka untuk pengiraan pada jam 5.00 petang pada hari pengundian sebenar. Bagi PRU 13, pengundian awal telah ditetapkan pada 30 April 2013.




Anda layak untuk memohon untuk mengundi melalui pos sekiranya anda memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan: 


1. Anda layak untuk memohon untuk mengundi melalui pos sekiranya anda memenuhi semua syarat-syarat seperti yang berikut:

a) Warganegara Malaysia
b) Pemilih berdaftar
c) Tergolong dalam salah satu daripada kategori seperti yang berikut :
  • (i) Seorang yang diperakui oleh SPR sebagai seorang pegawai pilihan raya dan kena menjalankan tugas pada hari mengundi;
  • (ii) Seorang anggota mana-mana pasukan polis atau tentera yang bertugas pada hari mengundi awal;
  • (iii) Seorang anggota SPR yang dilantik di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan; dan
  • (iv) Seorang pekerja media yang ditetapkan sebagai Pengundi Pos oleh SPR
2. Anda perlu menghantar Borang 1A kepada Pejabat Pegawai Pengurus di bahagian pilihan raya di mana anda didaftarkan melalui cara yang berikut:
  • a) Melalui faks (nombor faks akan dipaparkan selepas pembubaran Parlimen)
  • b) Melalui pos ke Pejabat Pegawai Pengurus (alamat akan dipaparkan selepas pembubaran Parlimen)
3. Permohonan untuk mengundi melalui pos boleh dibuat kepada Pegawai Pengurus bermula pada tarikh pembubaran Parlimen sehingga hari kedua selepas hari penamaan calon. Sila rujuk warta P.U.(B) 32.

4. Syarat kelayakan yang dikenakan bagi pekerja media memohon mengundi melalui pos adalah berikut;
a) Diperakukan oleh majikan akan bertugas di luar kawasan bahagian pilihan rayanya pada hari mengundi ; dan
b) Bertugas untuk membuat liputan pilihan raya dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

5. Sekiranya terdapat apa-apa pertanyaan mengenai undi pos dalam negara, sila berhubung di talian 03-88856565

http://www.spr.gov.my/indexPengundian.html

Monday, 22 April 2013


Bukan satu tetapi tujuh tempat PAS dan PKR akan berentap di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) kali ini.

Mereka akan berperang merebut kerusi DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang, Kota Damansara di Selangor, Panti di Johor, Kota Putera, Bukit Besi dan Seberang Takir di Terengganu.

Sementara di Labuan calon-calon PAS dan PKR akan beradu pengaruh dengan seorang calon Barisan Nasional (BN) bagi merebut kerusi Parlimen berkenaan.

Jika pertembungan yang  berlaku hanya  sekali, ia boleh dianggap satu kebetulan. Tetapi jika persaingan sudah mencapai tujuh kawasan undi,ini menggambarkan ia satu persengketaan.

PKR dan PAS sedang berperang?

Apakah PKR dan PAS kini sedang berperang? Nampaknya istilah tasamuh atau bertolak ansur di antara kedua parti itu sudah tiada lagi dalam kamus perpaduan di antara keduanya.

Dalam persaingan bagi merebut kerusi N21, Sungai Acheh di Pulau Pinang misalnya, baik PKR mahupun PAS masing-masing tidak dapat menyembunyikan keghairahan untuk memiliki kerusi berkenaan dan meletakkan calon sendiri.

Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang gagal, Badrulhisham Shaharin atau Chegu Bard berkeras mahu bertanding di DUN berkenaan “atas arahan Majlis Pimpinan Pusat PKR”.

PAS terlebih dahulu mengumumkan bahawa Yusni Mat Piah akan bertanding di Sungai Acheh.

Maka jika keadaan pelik dalam hubungan PAS dan PKR ini adalah berpunca daripada kedegilan Chegu Bard, rasanya kemelut ini mudah dileraikan.

Bagaimanapun, jika situasi ini adalah berikutan sengketa dan matinya semangat kerjasama di antara PAS dan PKR maka ia mungkin menjadi petanda kurang baik bagi kerjasama kedua-dua parti pembangkang itu.

PAS denga selambanya mengambil “hak” PKR di Kangar.

Mungkinkah ini caranya PKR bertindak balas terhadap “keceluparan” PAS mengumumkan calon-calonnya di ketiga-tiga kerusi Parlimen di Perlis?

Sepatutnya PKR sekurang-kurangnya diberi peluang bertanding merebut kerusi Kangar. Pada PRU 2008, peluang bertanding di Parlimen Padang Besar dan Arau adalah hak PAS.

Namun kali ini untuk menggenapkan angka 76 kerusi Parlimen yang dirancang untuk ditandinginya dalam PRU ke-13, PAS selamba mengambil “hak” PKR di Kangar.

Keadaan ini meletakkan PKR rasa bersalah terhadap Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang menganggap PKR “tidak beradab” kerana menyebarkan khabar kononnya beliau akan bertanding di bawah lambang PKR dalam PRU ke 13!

PAS hilang sikap toleransi

Mengapa PAS tiba-tiba hilang sikap toleransinya dengan PKR? Adakah isu surat Sheikh Dr Yusuf Qardhawi yang mencetuskan rasa kecewa PAS terhadap PKR?

Kemelut surat Dr Yusuf Qardhawi ini memang isu besar. PKR mendakwa surat Yang Dipertua Persatuan Ulama Islam Sedunia itu mengiktiraf Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon terbaik menjadi perdana menteri jika gabungan pembangkang menakluki Putrajaya.

Jika benar demikian apakah pandangan sebenar Dr Yusuf terhadap PAS sebagai sebuah gerakan Islam di Malaysia? Dalam perkataan lain apakah kurangnya pemimpin PAS, terutama presidennya, Haji Hadi Awang berbanding Anwar hingga tidak layak menjadi perdana menteri?

Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin menganggap pilihan perdana menteri Yusuf Qardhawi adalah pandangan peribadi dan bukan Ulama Islam Sedunia.

PKR rancang terbit sejuta naskah surat Dr Yusuf Qardhawi

PKR merancang mencetak dan menyebarkan satu juta naskhah surat berkenaan untuk “menekan” PAS supaya mengiktiraf Anwar sebagai calon paling layak menjadi perdana menteri.

Demikian jika isu surat itu benar-benar tulen. PKR seolah mahu menggambarkan PAS sebagai tidak menghormati ulama muktabar seperti Sheikh Dr Yusuf.

Bagaimanapun jika terbukti bahawa surat berkenaan palsu, tentu PAS kecil hati. Pemimpin dan ahlinya akan sugul bagi tempoh yang lama mengenangkan PKR tergamak menggunakan taktik kotor sesama rakan pembangkang!

Ikut peraturan pilihan raya, mana-mana calon yang telah disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) layak untuk bertanding, mereka tidak boleh menarik diri. Maknanya calon-calon PAS dan PKR terbabit akan “berentap sampai mati”.

Hakikat bahawa belum ada usaha ke arah mencari jalan perdamaian oleh PAS dan PKR membayangkan bahawa musim berbulan madu di antara kedua parti pembangkang itu sudah luput.




KUALA LUMPUR, 22 April – Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin (LD) UMNO memecat seramai 61 orang ahli UMNO yang telah bertanding sebagai calon bebas di kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta.

Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen berkata tindakan ini dibuat selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan UMNO yang menyatakan mana-mana ahli UMNO yang bertanding sebagai calon bebas akan di pecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.

“Surat-surat pemecatan keahlian yang telah ditandatangani oleh saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin telah dihantar pada hari ini juga untuk dimaklumkan secara rasmi kepada mereka yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelasnya, Jawatankuasa Khas LD UMNO juga akan memanggil 3 orang lagi ahli UMNO dalam minggu ini untuk tunjuk sebab kenapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap mereka kerana menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon yang baru lepas.

“Mereka ini dipanggil di bawah falsal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca bersama perkara 3 Tataetika Ahli UMNO berikutan gagal mengikut perintah-perintah Parti atau gagal menjalankan dasar-dasar parti.

Berikut adalah senarai nama anggota parti yang dipecat dari UMNO:

1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA)

2. PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI HAJI MOHD SHARIFF BIN HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG)

3. PARLIMEN SEPANG – DATO’ HAJI SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN)

4. HANAPIAH BIN MOHAMAD

5. DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI BIN SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG)

6. PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK – SUKERI BIN ABD SAMAT (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN)

7. MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.)

8. DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR) – YAACOB BIN MAN (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

9. DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI) – MOHD. YUSOF BIN LAZIM (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

10. DUN NENGGIRI (GUA MUSANG) – ABDUL AZIZ BIN MOHAMED (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

11. PARLIMEN LEMBAH PANTAI – RUSLI BIN HAJI BABA

12. PARLIMEN BERA- MOHD. WALI ALANG AHAMAD

13. PARLIMEN PERMATANG PAUH – DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN

14. DUN LENGGENG (SEREMBAN) – ZULKIFLI BIN ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.)

15. DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS) – MOHD NIZAM BIN IBRAHIM

16. DUN KAJANG (HULU LANGAT) – MOHD KHALID BIN KASSIM (KETUA CAWANGAN)

17. DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR) – FADZIL BIN HANAFI

18. DUN SUNGAI LIMAU (JERAI) – SOBRI BIN AHMAD

19. PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG- ZAINUDIN BIN YOM

20. DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH) – SHAMSUT TABREJ BIN G.M ISMAIL MARICAR

21. DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA) – MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN BIN MOHD ABDUL KADER

22. PARLIMEN TANJONG KARANG – MASRUN BIN TAMSIR

23. DUN KUALA PERLIS (KANGAR) – SHAARI BIN LUDIN

24. DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)- AMEIR BIN HASSAN

25. DUN SUNGAI TIANG (PENDANG) – HAJI ROSLI BIN OMAR

27. PARLIMEN BAGAN SERAI – ABDUL LATIF BIN MASUD

29. DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI) – HALIDI BIN WAHAB

30. DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG) – ZULKEFLI BIN IBRAHIM

31. DUN PENGKALAN BAHARU (BERUAS) – AHMAD NIZAM BIN IBRAHIM

32. PARLIMEN KOTA BELUD – LAMSIL BIN HAMIDSOR

33. PARLIMEN LIBARAN – SAHAR BIN SAKA

34. PARLIMEN KALABAKAN – MOHD BIN MANUKE

35. DUN SULAMAN (TUARAN) – ALI AKBAR BIN KAWI

36. DUN LUMADAN (SIPITANG) – RAPAHI BIN EDRIS

37. DUN SUGUT (BELURAN) – ABDUL RAHMAN BIN ATANG

38. DUN LAHAD DATU (SILAM) – ALIANDU BIN ENJIL

39. DUN SULABAYAN (SEMPORNA) – GHAZALIE BIN PG. HINDI @ ABDUL GHANI

40. HUSSEIN BIN MUMAKIL

41. JULKALANI BIN ABD RAHMAN

42. MAMAT BIN BALHANA

43. DUN SENALLANG (SEMPORNA) – AB KARIM BIN TALIP

44. ABDUL MANANG BIN HATIB LAWARI @ OS

45. ATAL MUHAMMAD BIN K.K ABD MENANG

46. DUN MEROTAI (KALABAKAN) – RITA RUDIANSAH BIN ABU BAKAR

47. DUN SEBATIK (KALABAKAN) – MOHAMAD YUSUP BIN LEWAH

48. DUN SULAMAN (TUARAN) – ARIFFIN BIN HARITH

49. AK. ALIUDDIN BIN PG. MOHD. TAHIR

50. DUN LUMADAN (SIPITANG) – SAUDI BIN SUHAILI

51. DUN KARANAAN (RANAU) – MAT JAILI BIN SAMAT

52. DUN LIAWAN (KENINGAU) – NUSLEH BIN MADARAK

53. PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN – FATIMAH BINTI AGITOR @ MOHD DAUD

54. PARLIMEN BELURAN & DUN SUGUT – DATU KAMARUDDIN BIN MUSTAPHA

55. DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN) MOHD ARSHAD BIN ABDUL

56. DUN KUNAK (SILAM) – HUSSEIN BIN IBNU HASSAN

57. SHARIF SHAMSUDDIN BIN SHARIF SAGAF

58. PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG – DATU BADRUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA

59. PARLIMEN RANAU & DUN PAGINATAN – YAZID BIN SAHJINAN

60. PARLIMEN TAWAU – AHMAD BIN AWANG @ MADON

61. PARLIMEN KALABAKAN – YAHYA BIN ZAINAL


"Lembaga Disiplin UMNO sekali lagi mengingatkan anggota UMNO bahawa lembaga disiplin telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana ahli UMNO yang melakukan kesalahan sabotaj parti dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

"Tindakan tegas termasuk pecat dan gantung keahlian akan diambil setelah bukti-bukti dan laporan daripada pemantau yang dilantik diterima dan disiasat secara terperinci," katanya.

Ahmad Rithaudeen juga meminta semua ahli parti supaya bersatu-padu dan menyokong calon-calon Barisan Nasional (BN) yang dinamakan bertanding oleh pucuk pimpinan parti.

"Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti dan BN," katanya. - BERNAMA

Sumber: http://klpos.com/pru13/54641-bertanding-bebas-lembaga-displin-pecat-61-ahli-umno-

Sunday, 21 April 2013


KESILAPAN SPR TELAH MENGAKIBATKAN BARISAN NASIONAL KEHILANGAN PERAK DAN SELANGOR PADA PILIHANRAYA UMUM 2008.

Pakatan Rakyat tidak sah di sisi undang2 pertubuhan. Jika ada yang kata boleh, maka tiada gunanya BARISAN NASIONAL didaftarkan.


SELANGOR ( 56 )
BARISAN NASIONAL 20
PAS 8
DAP 13
PKR 15

PERAK ( 59 )
BARISAN NASIONAL 28
PAS 6
DAP 18
PAS 7

Jumlah kerusi yang dimenangi lebih besar dari parti pembangkang yang bertanding pada tahun itu.

Kesilapan pegawai SPR yang dipertanggungjawabkan mengendalikan proses pengiraan undi telah mengisytiharkan PAS, DAP, PKR sebagai satu PAKATAN yang sah dan telah mengesahkan keputusan tersebut. Kemenangan ini membolehkan mereka menubuhkan kerajaan yang baru.

Umum mengetahui PAKATAN RAKYAT bukan satu pertubuhan yang sah dan tidak berdaftar dengan ROS. Mereka bertanding atas kapisiti parti masing masing dan membuat satu persefahaman untuk menentang BARISAN NASIONAL.

Pada PILIHANRAYA UMUM 2013 ini mereka masih membentuk satu persefahaman untuk bertanding menentang BARISAN NASIONAL dengan menggunakan simbol parti masing masing.

Memandangkan PAKATAN RAKYAT masih belum didaftarkan pengiraan undi dan pengisytihan kemenangan haruslah berpandukan parti yang ditandingi secara berasingan bukan sebagai satu pertubuhan.

Pihak SPR dinasihatkan agar lebih berhati hati dalam menguruskan PRU2013 dan tidak mengulangi KESILAPAN MEREKA pada PRU 2008 yang lalu. 




Saturday, 20 April 2013

Pertandingan 4 penjuru di Parlimen Sepang yang diketuai oleh Dato Sri Ir Mohd Zin Mohamed
#SayangiSelangor

Fitnah dari pembangkang. Tun Dr Mahathir sekarang berada di Kedah untuk memberi sokongan buat anakanda, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir


Calon BN Dun N42 Tualang Sekah , Nolee Ashilin Dato Mohd Radzi



Calon BN P194 Petrajaya - Datuk Fadillah Yusof


Calon P63 Parlimen Tambun, Dato Seri Ahmad Husni Hanadzlah bersama Calon N23 Majoi Mohd Ziad Dato Hj Mohd, N24 Hulu Kinta Dato Aminuddin Hj Mat Hanafiah


Calon BN P26 Ketereh, Tan Sri Annuar Musa 
#TukarKelantan
#BoLaWei


Calon BN Parlimen Seputeh P122, Nicole Wong Siaw TIng. 


Calon BN P146 Muar - Dato Razali Ibrahim


Calon BN P131 Rembau YB Khairy Jamaluddin, Calon BN N27 Rantau Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan. Turut serta, Ghazali Abd Wahid Calon BN N25 Paroi, Zaiful Sahri Idris Calon BN N26 Chembong, Dato Awaludin Said Calon BN N28 Kota


Calon BN P60 Parlimen Taiping, Datuk Tan Lian Hoe


Foto dari majlis penamaan calon di Segamat, Johor. Calon BN P140 Datuk Seri Dr. S.Subramaniam, Calon BN N1 Buloh Kasap, Norshida Ibrahim, dan Calon BN N2 Jementah Dr Lee Hong Tee.



Calon BN untuk P120 Parlimen Bukit Bintang, Frankie Gan Joo Zin


Calon BN Dun N20 Lembah Jaya, Ampang Baderisham Hj Jolly


Calon BN di P75 Bagan Datoh, Dato' Seri Zahid Hamidi di majlis penamaan calon bagi mempertahankan kursinya.

Calon dari Parlimen P125 Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN) lawan Datuk Husam Musa (PAS)


Calon BN bagi kerusi Parlimen Jerlun P5 Datuk Othman Aziz, DUN N4 Ayer Hitam, Datuk Mukhriz Mahathir dan DUN N3 Kota Seputih, Datuk Abu Hasan Sarif bersama penyokong Barisan Nasional


Calon BN Parlimen P116 Wangsa Maju Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah


TERKINI - Calon BN DUN Kampung Tunku N35 , Chong Seng Foo @ Kelvin Chong di majlis penamaan calon.


Calon P121 Parlimen Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik
#BetterNation #GE13


TERKINI - Dato Sri Najib Tun Razak di majlis penamaan calon untuk mempertahankan kursi Parlimen Pekan P085. Beliau akan ditentang oleh Fariz Musa dari PKR.


Bekas Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah turut sama memberi sokongan kepada calon BN Parlimen P126 Jelebu, Hj Zainuddin Ismail.