Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Monday, 24 June 2013

Seperti biasa, setiap kali perhimpunan haram diadakan, setiap kali itu juga lah mereka meninggalkan otak mereka di tong-tong sampah. Tak pedulikan langsung tentang anak-anak mereka, tak peduli langsung tentang kesihatan keluarag yang dipaksa berhimpun demi perjuangan yang sia-sia.







Wajarkah Kanak-Kanak Digunakan Bagi Mencapai Agenda Politik? Pikir-pikir la wahai ibu - bapa...


Pepatah Melayu menyebut “melentur buluh biarlah dari rebung” bermaksud jika mahu mendidik seorang anak sebaiknya ia hendahlah bermula sedari kecil.






Thursday, 2 May 2013


Apa dakwat kekal?fatwa?kegunaan?jum share dan baca

Bagi yang xpaham fungsi guna dakwat kekal tu, boleh baca ni. Jangan malas baca. nanti otak sempit. bila otak sempit jadilah kurang bijak = jahil. Bila ada orang cakap bodo kt hampa jangan mara plak. Peace no war :)

Fungsi Guna Dakwat Kekal PRU 13 Pilihanraya Umum 2013

Fungsi dan guna dakwat kekal dalam PRU 13 pilihanraya umum tahun 2013. Kegunaan utama adalah untuk mengelakkan sebarang penipuan pada piliharaya umum akan datang. Ini termasuklah cubaan untuk mengundi dua kali dan sebagainya. Setiap pengundi akan dicalit dengan dakwat kekal dihujung jari dan membuktikan bahawa pengundi telah mengundi sekali dan tidak boleh mengundi lagi. Justeru, ini dapat memastikan perjalanan pilihanraya yang telus dan bersih. Selain itu, kesan warna dakwat ini juga tidak boleh hilang dalam tempoh 7 hari.

Fakta Dakwat Kekal PRU 13

Dakwat dengan kandungan nitrat perak, akan kekal pada jari pengundi selama kira-kira lima hingga tujuh hari.

Kira-kira 10,000 botol akan digunakan untuk pengundi awal dan baki 220,000 lagi akan digunakan pada hari mengundi.
Dakwat kekal tidak boleh dihilangkan dengan mudah.

Mereka yang menggunakan cecair menghilangkan penggilap kuku (nail remover) akan mendapati ia tidak mempunyai kesan kerana dakwat direka untuk menahan daripada sebarang pewarna tiruan atau bahan kimia.

Detergen terkuat juga tidak akan dapat untuk menghilangkan dakwat

Fakta Kesihatan Tidak Memudaratkan
Dakwat ini tidak akan mempunyai apa-apa reaksi alahan pada kulit pengundi, dan telah disahkan selamat oleh Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kimia.



Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia

Keputusan:

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Indelible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan.

Oleh itu penggunaan Indelible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam.

Walaubagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Indelible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja.

Keterangan/Hujah:

1.Indelible Ink bermakna dakwat yang tidak boleh dipadam. Satu calitan dakwat ini pada jari pengundi akan memberi tanda coklat kehitaman yang akan kekal selama beberapa hari. Kaedah ini adalah kaedah yang mudah yang berkesan bagi mengelakkan penipuan undi atau pengundi yang membuang undi lebih sekali. Beberapa negara telah menggunakan kaedah ini termasuk China, Ghana dan Denmark. India sebagai pengeluar dakwat ini telah menggunakan kaedah calitan jari pengundi ketika pilihanraya sejak tahun 1962 lagi. Berdasarkan laporan ujikaji komposisi kimia yang dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia, dakwat yang diimport daripada India ini mengandungi tiga (3)bahan utama iaitu air, Ethanol (55 peratus) dan Silver nitrate .

2.Penggunaan Indelible Ink tidak akan mendatangkan sebarang mudharat jika digunakan pada kuku dan jari. Ia hanya akan mendatangkan kesan pada kesihatan sekiranya termakan atau terminum.

3.Berdasarkan kajian, penggunaan Indelible Ink pada kuku boleh dihilangkan dalam tempoh tiga (3) hari dan jika digunakan pada kulit, ia akan hilang dalam tempoh tujuh (7) hari. Untuk kegunaan dalam pilihanraya, SPR hanya akan mencalitkan Indelible Ink tersebut dalam kuantiti yang sedikit yang dijangka dapat bertahan sekurang-kurangnya 24 jam.

4.Penggunaan alkohol dalam Indelible Ink bukan merupakan isu kerana pada asasnya jika sesebuah bekas mengandungi alkohol dibuka, proses meruapan akan berlaku dan ia akan mengurangkan kandungan alkohol tersebut.

5.Memandangkan Indelible Ink ini boleh telap air dalam keadaan serta merta dan kandungannya juga bebas dari sebarang lemak haiwan, maka penggunaannya tidak akan menimbulkan sebarang keraguan dari aspek hukum syarak.

6.Ketelapan air pada kulit perlu dibezakan dengan ketelapan air yang sampai pada sel di bawah kulit, kerana dari sudut syarak kedua-duanya adalah berbeza dan untuk tujuan ibadah adalah memadai jika air telap sampai ke kulit.

7.Dalam konteks menjaga maslahah ummah, beberapa kaedah fiqhiyyah yang boleh dijadikan sandaran adalah :
تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلح

Maksudnya : Tindakan yang dijalankan oleh ketua negara terhadap urusan rakyat adalah terikat dengan maslahah.

Wednesday, 1 May 2013


Kantoi lagi si Nurul Izah dengan isu dakwat kekal yang tak kekal tu. Mangsa tampil selepas menyedari bahawa gambar yang diedar oleh Nurul Izzah dalam laman sosial itu adalah gambarnya.

Mangsa yang dimaksudkan adalah Mejar Aszmee meluahkan rasa dukacita kepada aku dan rakan media turut mendedahkan rasa dipergunakan serta diambil kesempatan terhadap politik kotor oleh nurul izzah dan tian chua semalam. Mangsa juga menyatakan terasa dirinya telah mengkhianati kpd angkatan tentera yang lain.

Berkongsi cerita kisah apa yang berlaku, Mejar menceritakan kejadian berlaku di taman koperasi polis semasa menemani isterinya berjumpa kawannya terserempak dengan nurul izzah yang menahan kereta mereka serta mohon bercakap dengan, nurul izzal juga mohon utk melihat jari dakwat kekal tersebut. Izzah juga didakwa cuba nak padamkan dengan 2 jenis bahan yang tidak diketahui jenisnya.

Ternyata penipuan izzah kantoi bila tuan punya badan tampil. Dakwat yang didakwa tidak kekal masih kekal dijari mejar seperti gambar yang aku sendiri ambil dijarinya. 

Update Gambar sekitar sesi temuramah sebentar tadi :











Sumber: http://ohpolitik.blogspot.com/2013/05/edisi-dakwat-kekal-tidak-kekal-dakwaan.html#.UYDvZaJTCwV

Saturday, 27 April 2013

SEBELUM ini Pakatan Rakyat cuba menggunakan pengaruh Tun Mahathir untuk meraih sokongan dengan cara menyebarkan persepsi kononnya Negarawan tersebut tidak menyokong Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri.

Namun, percubaan tersebut tidak berjaya kerana umum dapat melihat dengan jelas bagaimana kuatnya Tun Mahathir menyokong Perdana Menteri sehingga sanggup membantu dan bekerja keras memastikan kemenangan Barisan Nasional menjelang Pilihanraya ini.

Kegagalan tersebut tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menggunakan pengaruh musuh bagi meraih sokongan bila saja berpeluang.

Oleh itu, apabila Tun Musa Hitam menyatakan bahawa tidak mungkin mana-mana parti yang menjadi kerajaan akan dengan sengajanya membangkrapkan negara, maka pembangkang menyambut dan menyebarkannya sebagai kenyataan menyokong Pakatan Rakyat.

Kenyataan Tun Musa tersebut dibuat dalam satu program berkenaan ekonomi baru-baru ini.

Jelas bahawa PR sendiri menyedari pemimpin mereka sendiri tidak mampu meyakini rakyat bahawa mereka tidak akan membankrapkan negara, sehingga memaksa mereka mendapatkan ‘persetujuan’ dari Tun Musa Hitam.

Tun Musa Hitam yang jelas tidak selesa dengan tindakan pembangkang itu kemudian tampil meminta mereka menghentikan menggunakan namanya untuk meraih sokongan.

Kita tahu, walaupun Tun Musa ada menyimpan dendam di sana sini terhadap beberapa individu di dalam UMNO tetapi, beliau tidak cukup bodoh untuk membela PR, apatah lagi dalam keadaan sokongan terhadap parti itu semakin nipis.

Kerana itu, dalam penafiannya bahawa beliau menyokong pembangkang, Tun Musa turut menyatakan yang beliau yakin Barisan Nasional akan menang dalam PRU-13 ini.

Menggunakan pengaruh musuh untuk meraih sokongan adalah tindakan yang memalukan kerana ia membuktikan bahawa pembangkang turut mengiktiraf pengaruh dan ketokohan musuh mereka.

Soalnya, kenapakah pemimpin pembangkang tidak mampu berdiri atas pengaruh sendiri untuk meyakinkan rakyat? Kenapa perlu ‘meminjam’ pengaruh musuh?

Jawapannya, kerana pemimpin pembangkang terlalu kuat menipu sehinggakan rakyat tidak lagi mempercayai mereka. Mana tidaknya, jika hampir keseluruhan kempen mereka adalah berdasarkan isu yang direka-reka, kalaupun tidak ditokok tambah.

Selain kuat menipu, pembangkang juga sudah terbukti gagal membentangkan penjelasan yang memuaskan tentang bagaimana mereka akan memastikan negara tidak bankrap berdasarkan janji-janji manis yang mereka taburkan.

Penjelasan seperti ‘mengurangkan defisit dengan cara membanteras rasuah’ adalah penjelasan umum yang tidak mampu dicongakkan di atas kertas.

Apatah lagi dengan bukti jelas bahawa pembangkang lebih hebat mengamalkan rasuah dan ketidaktelusan dalam pentadbiran negeri-negeri jajahan mereka.

Malah, isu ladang rakyat dan isu tanah Kelantan yang diberi kepada DAP, isu hutan yang gondol, KUIN dan projek-projek besar yang tiris, rugi dan ‘aneh’ di Kedah, pemberian kontrak yang tidak telus di Pulau Pinang, isu pasir dan juga percambahan pusat maksiat di Selangor, semuanya menunjukkan yang rasuah berleluasa dan tidak terkawal di dalam kerajaan PR yang baru sahaja setahun jagung berkuasa.

Justeru, bagaimana rakyat boleh percaya yang pembangkang akan mampu mengurangkan defisit dengan cara membanteras rasuah jika mereka memerintah?

Pembangkang juga berhujah bahawa semua perbelanjaan dan pengurangan harga barang akan mampu ditampung dengan wang dari Petronas.

Pembangkang seolah-olah melihat Petronas sebagai ‘kilang wang’, di mana wang boleh dikeluarkan tanpa had.

Sedangkan Petronas adalah nadi ekonomi negara di mana negara bergantung hampir 60% dari cukai yang dibayar oleh syarikat itu bagi merealisasikan pemberian subsidi dan menjana kewangan yang kemudiannya dikembalikan kepada rakyat melalui perkhidmatan awam dan prasarana.

Sekiranya Petronas perlu membuat kerja-kerja ‘kebajikan’ tambahan kepada kerajaan sepeti saranan pembangkang, maka keuntungan mereka juga pasti akan terjejas, sehingga akhirnya akan menjejaskan cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan.

Dalam jangka masa panjang, keadaan ini akan melemahkan syarikat tersebut, dan akhirnya akan turut mengheret kerajaan dan negara bersamanya.

Secara dasarnya, pembangkang hanya mempunyai dua hujah tentang dari mana mereka akan mencari wang untuk negara iaitu:

1. ‘membanteras rasuah’ yang mana kita tidak percaya langsung akan dilakukan oleh mereka, dan juga

2. ‘mengikis Petronas’ yang mana seolah-olah mengikis bapa sendiri sehingga menyebabkan sekeluarga menjadi miskin.

Maka tidak hairanlah rakyat tidak yakin yang ‘pembangkang tidak akan membangkrapkan negara’ walaupun Tun Musa mungkin bercakap berlapik dengan menambah ayat ‘dengan sengaja’.

Namun, rakyat yakin yang Tun Musa juga turut sangsi yang pembangkang tidak akan membangkrapkan negara secara ‘tidak sengaja’.

Jika tidak, tentulah Tun Musa tidak akan menyatakan dengan begitu yakin bahawa beliau meramalkan kemenangan BN dalam PRU ini.

Pastinya, beliau sendiri tidak yakin dengan parti yang suka menggunakan pengaruh orang lain serta memanipulasi kenyataan orang lain semata-mata kerana terlalu terdesak untuk meraih undi.

BARANGKALI fitnah serta permbohongan telah menjadi darah daging Husam Musa dan kita tahu daripada mana atau siapa guru ataupun orang-orang yang berada di belakang untuk menjadikan beliau berani menabur fitnah terutama sekali menjelang tarikh mengundi PRU13 pada 5 Mei nanti. 

Tidak cukup menabur fitnah di negeri kelahirannya Kelantan, penyakit fitnah terus menjalar hingga ke Putrajaya apabila beliau memfitnah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memecat AJK Masjid serta menghentikan azan Subuh di Putrajaya. 

Husam Musa sudah hilang sahsiah dan jati dirinya dengan meletakkan kepentingan politik lebih utama daripada maruah beliau sebagai seorang Islam dan tidak cukup selama ini PAS mempersendakan islam, Husam mula membuka laluan fitnah serta pembohongan di sepanjang kempen PRU13 di Putrajaya. 

Husam yang bertanding menentang penyandang kerusi Parlimen Putrajaya,Tengku Adnan Tengku Mansor di Parlimen tersebut kelihatan semakin terdesak dan tindakan beliau memfitnah itu membuatkan Pengarah JAWI Dato Che Mat membuat laporan polis dan akan menyaman Husam musa kerana memfitnah jabatan tersebut. 

Husam telah menggunakan taktik kempen dan rayu undi dengan cara cukup jahat serta tidak berhemah apabila membawa budaya fitnah serta caci maki ke dalam masyarakat ataupun rakyat di Putrajaya.

Husam juga pernah menfitnah Tengku Adnan samseng ternyata Tengku Adnan adalah seorang jiwa penyayang dan bertanggungjawab menjaga serta membantu penduduk disekitar Putrajaya.

Kesian anak saudara Husam ni, pakcik sendiri walau sudah berada di Putrajaya masih tidak mampu meluangkan masa sekejap untuk melawat. 



SYABAS TENGKU ADNAN YANG KEPRIHATINAN TANPA MENGIRA IDEOLOGI POLITIK


Begini ke rupa pemimpin yang kononnya melaungkan kerajaan berkebajikan? Berkebajikan ala pakatan.... HAIRAN dengan perangai orang dari pakatan bangang ni. Sibuk memanjang dengan kempen dan ceramah fitnah terhadap Barisan Nasional sehingga tiada masa nak lawat atau ziarah anak saudara sendiri yang terlantar 5 hari di hospital. 

Mujur ada pemimpin prihatin yang sanggup menghulurkan tangan walaupun tiada pertalian darah. Gambar di atas ialah Norhidayah bt. Razak, anak saudara Husam Musa yang terlantar selama 5 hari di Hospital Putrajaya. 

Mereka berdua mempunyai pertalian saudara yang cukup dekat iaitu bapa kepada Norhidayah adalah adik beradik kepada Husam Musa yang dikhabarkan menjadi calon Parlimen Putrajaya. Kesian anak saudara Husam ni, pakcik sendiri walau sudah berada di Putrajaya masih tidak mampu meluangkan masa sekejap untuk melawat. 

Begini ke rupa pemimpin yang kononnya melaungkan kerajaan berkebajikan? Berkebajikan ala pakatan.... Syabas kepada Ku Nan atas keprihatinan beliau yang walau siapa pun yang ditimpa musibah, tolak dahulu ideologi politik masing-masing yang penting persaudaraan sesama Islam tidak terkubur. Nak harapkan Husam datang melawat??? Haraaaaaammmmm.......



Thursday, 25 April 2013


Hari berkempen telah bermula semenjak 20 April 2013 yang lalu. Pelbagai cara yang digunakan untuk berkempen. Sama ada dengan menggunakan taktik bersih hatta taktik kotor, itu tidak dipedulikan oleh Pakatan Haram yang sinonim dengan kegiatan ganas, keji, kejam dan melampaui batasan budaya masyarakat kita.

Infografik ini menggambarkan elemen-elemen yang perlu ada untuk menjadi penceramah pembangkang yang berjaya! Kua... kua... kua!!!


Wednesday, 24 April 2013

Merujuk kepada kekeliruan yang ditimbulkan melalui media sosial berkaitan anggota polis sudah mula mengundi, berikut adalah perbezaan di antara Undi Pos dan Undi Awal:


UNDI POS - akan diadakan lebih awal iaitu sebaik sahaja kertas undi dicetak dan pengundi pos perlu mengembalikan kertas undi yang telah ditanda kepada Pegawai yang bertanggungjawab untuk menyerahkan kepada Pejabat Pegawai Pengurus selewat-selewatnya pada jam 5.00 petang pada hari mengundi. Bagi PRU 13, undi pos telah bermula PADA 23 April 2013 iaitu setelah pihak PDRM menerima kertas undi dari pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).



UNDI AWAL - akan diadakan lebih awal sebelum tarikh pengundian biasa. Kertas-kertas undi yang telah ditanda akan disimpan dengan selamat dan akan dibuka untuk pengiraan pada jam 5.00 petang pada hari pengundian sebenar. Bagi PRU 13, pengundian awal telah ditetapkan pada 30 April 2013.




Anda layak untuk memohon untuk mengundi melalui pos sekiranya anda memenuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan: 


1. Anda layak untuk memohon untuk mengundi melalui pos sekiranya anda memenuhi semua syarat-syarat seperti yang berikut:

a) Warganegara Malaysia
b) Pemilih berdaftar
c) Tergolong dalam salah satu daripada kategori seperti yang berikut :
  • (i) Seorang yang diperakui oleh SPR sebagai seorang pegawai pilihan raya dan kena menjalankan tugas pada hari mengundi;
  • (ii) Seorang anggota mana-mana pasukan polis atau tentera yang bertugas pada hari mengundi awal;
  • (iii) Seorang anggota SPR yang dilantik di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan; dan
  • (iv) Seorang pekerja media yang ditetapkan sebagai Pengundi Pos oleh SPR
2. Anda perlu menghantar Borang 1A kepada Pejabat Pegawai Pengurus di bahagian pilihan raya di mana anda didaftarkan melalui cara yang berikut:
  • a) Melalui faks (nombor faks akan dipaparkan selepas pembubaran Parlimen)
  • b) Melalui pos ke Pejabat Pegawai Pengurus (alamat akan dipaparkan selepas pembubaran Parlimen)
3. Permohonan untuk mengundi melalui pos boleh dibuat kepada Pegawai Pengurus bermula pada tarikh pembubaran Parlimen sehingga hari kedua selepas hari penamaan calon. Sila rujuk warta P.U.(B) 32.

4. Syarat kelayakan yang dikenakan bagi pekerja media memohon mengundi melalui pos adalah berikut;
a) Diperakukan oleh majikan akan bertugas di luar kawasan bahagian pilihan rayanya pada hari mengundi ; dan
b) Bertugas untuk membuat liputan pilihan raya dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

5. Sekiranya terdapat apa-apa pertanyaan mengenai undi pos dalam negara, sila berhubung di talian 03-88856565

http://www.spr.gov.my/indexPengundian.html

Tuesday, 23 April 2013

Nik Aziz mendakwa bahawa kononnya UMNO tidak memperjuangkan Islam dan tidak melaksanakan hukum Allah setelah berkuasa di negara ini sejak merdeka lagi.

Dan di atas asas hujah mengikut persepsi sendiri itulah maka Mursyidul Am PAS itu menjatuhkan hukum “murtad” kepada seluruh umat Islam yang menjadi ahli atau mereka yang menyokong parti UMNO.

Saya masih lagi teringat tentang apa yang berlaku ketika Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, menyampaikan “amanat”nya yang terkenal pada 7 April 1981 dengan menfatwakan perkara yang sama di hadapan para penyokong PAS ketika itu.

Selepas fatwa tersebut dilafazkan Hadi, telah berlaku pepecahan terbesar di kalangan umat Islam di negara ini sehingga menyebabkan ramai yang terkeliru dan menjadi mangsa keadaan.

Misalnya, kejadian solat dua imam telah berlaku secara berleluasa di mana umat Islam yang menyokong PAS tidak mahu bersolat berimamkan seorang imam yang menyokong UMNO. Tidak sah, kata mereka.

Selain itu, berlaku juga ratusan penceraian di kalangan suami isteri beragama Islam hanya disebabkan oleh perbezaan fahaman politik. Malah, pernikahan pasangan yang berwalikan orang UMNO turut bercerai kerana didakwa tidak sah!

Begitu juga dengan insiden mengharamkan haiwan sembelihan orang UMNO di mana para pengikut PAS dilarang sama sekali untuk memakan sembelihan tersebut. Nak hadir ke majlis kenduri-kendara orang UMNO pun PAS tak mahu…

Itulah antara perkara yang berlaku selepas Hadi mengeluarkan “fatwa” dari amanatnya dulu, dan sekarang Mursyidul Am PAS pula yang menyegarkan kembali fahaman “mazhab PAS” tersebut.

Persoalannya, apakah benar dan boleh diterima akal dakwaan dan fatwa Nik Aziz itu? Benarkah hujah Nik Aziz itu berasas dan layak digunapakai untuk memurtadkan umat Islam lain sewenang-wenangnya?

Bagaimana pula dengan golongan yang bukan UMNO dan bukan PAS atau golongan atas pagar? Apakah mereka akan difatwakan Nik Aziz sebagai golongan “khawarij”?

Pada saya, Allah tidak pernah menilai keIslaman seseorang hambanya itu melalui fahaman politik, sebaliknya Allah menilainya dengan memandang dari sudut niat, amalan dan ketaatannya kepada perintah Allah SWT.


Tidak pernah pula saya mendengar firman Allah atau hadis Rasulullah SAW yang menggariskan fahaman politik seorang muslim itu untuk menghukum sama ada mereka Islam atau murtad.


Sekiranya UMNO tidak memperjuangkan Islam, saya tidak fikir negara ini akan mewujudkan kementerian khas yang menjaga hal ehwal agama Islam, perlembagaan yang memastikan keistimewaan agama Allah itu terpelihara dan tidak boleh disanggah oleh mana-mana pihak.


Begitu juga dengan kewujudan mahkamah syariah yang melaksanakan sebahagian besar dari hukum Islam yang telah disepakati oleh jumhur ulama muktabar dan sering dikaji ijma’kan dari masa ke semasa mengikut kesesuaian zaman.


Islam kekal terulung di Malaysia apabila UMNO menggariskan di dalam perlembagaan bahawa DYMM Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Agama Islam yang melebihi kuasa eksekutif Perdana Menteri bagi kepentingan dan kedaulatan agama Allah itu.


Dan dalam masa yang sama, kekuatan Ketua Tertinggi Agama Islam itu diperkuatkan lagi apabila Baginda Yang DiPertuan Agong juga ditetapkan sebagai Ketua Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia yang boleh bertindak bagi kepentingan Islam di negara ini sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.


Apakah Nik Aziz boleh lihat segala perlaksanaan itu di negara lain seperti di Indonesia dan China yang merupakan di antara negara yang mempunyai bilangan umat Islam paling ramai di dunia?


Pada saya, saya enggan memaafkan tuduhan Nik Aziz dan Hadi Awang ini selagi dia tidak benar-benar ikhlas dan insaf memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini.


Dan jika ditakdirkan dia meninggal dunia sebelum sempat meminta maaf, kita berjumpalah nanti di padang Mahsyar dan biarkan Yang Maha Adil saja yang menentukan hutang dosanya…
Sumber: https://www.facebook.com/groups/isupolitiksemasa.fanclub/permalink/484548364949094/


Dalam siri kempen untuk Gelang Patah, calon DAP Lim Kit Siang beberapa kali sengaja bertanya soalan kepada penyokong-penyokong PR tentang siapakah yang jadi pilihan rakyat untuk jawatan PM. Kit Siang menyebut empat pilihan iaitu Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Tun Mahathir Mohamad dan Abdul Hadi Awang, yang mana disambut dengan “Hadi Awang” oleh penyokong-penyokong.

Kenapa Kit Siang tidak menyebut nama Anwar Ibrahim? Ini menimbulkan pelbagai persoalan. Terasnya Kit Siang sendiri tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi PM. Ini juga boleh dilihat sebagai usaha Kit Siang menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh lawan beliau calon BN Datuk Ghani Othman jika masyarakat Cina mengundi DAP bermakna mereka menyokong Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.

Macam mana ni? Kata Pakatan Rakyat tapi nampaknya masih tak bersepakat lagi nak memilih bakal PM seandainya PR berjaya dalam PRU 13 nanti. Issshhh!!! Susah rakyat nanti kalau kerajaan yang dibentuk asyik bertelagah dan tak sehaluan dalam membuat keputusan. Yelah bila 1 Perahu ada 3 Nakhoda silap-silap boleh tenggelam perahu tersebut.

So buat pengundi semua sepatutnya dah Nampak dan dah tahu parti mana yang lebih layak memimpin dan mentadbir Negara kita tercinta Malaysia.

alt
Pembangunan adalah sesuatu perkara yang dititik beratkan oleh setiap warganegara.

Ini kerana pembangunan yang baik mampu memberi hasil positif dari pelbagai aspek termasuk perkembangan ekonomi, sosial dan sebagainya.

Menjelang hari pembuangan undi 5 Mei ini, rakyat diangkat sebagai 'raja' kerana setiap satu undi mereka menjadi penentu kepada penubuhan kerajaan di sesuatu kawasan.

Persoalannya, apakah setiap kerajaan yang dipilih itu mampu untuk memberi sesuatu yang baik atau sebaliknya?

Lantas yang demikian, wartawan KLPOS telah mendapatkan beberapa reaksi orang ramai di negeri Johor berhubung soal pembangunan di negeri itu.
alt
Menurut Sarinah, 53, pembangunan di sekitar negeri Johor dilihat semakin membangun dan mengharapkan ia berterusan.

"Pembangunan sekarang lebih baik daripada dulu. Pentadbiran juga nampak peningkatan, termasuk kebersihan disini," katanya ketika ditemui oleh wartawan KLPOS di sini hari ini.
alt
Ia turut dipersetujui seorang ibu, Patmawani, 49, yang berterima kasih kepada kepimpinan kerajaan negeri kerana membuka banyak peluang pekerjaan.

"Dulu Kluang bandar kecil, sekarang sudah besar.Dulu estet, sekarang kita kerja di bandar," katanya.
alt
Sementara itu Noraini, 47, yang menetap di negeri Johor lebih 30 tahun memberitahu pembangunan di sekitar bandar itu bukan sahaja merangkumi pada bangunan malah jalanraya juga yang disifatkannya semakin baik.

Beliau turut bersyukur dengan keamanan dan hidup dalam masyarakat majmuk yang harmoni.

"Banyak perubahan, pembangunan. Dulu tak macam ini, jalanraya juga semakin bagus. Bersyukur duduk di Malaysia yang aman damai dan masyarakat juga bersatu-padu," ujarnya.
alt
Bagi Mohd Nazri, 45, yang juga seorang peniaga, pembangunan di Johor sangat ketara dan perkembangan ekonomi dan kemudahan yang disediakan juga memberi sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada warga setempat.

"Memang ketara, nampak maju. Bangunan juga banyak dinaikkan. Dulu kalau kita nak meniaga pun ala-ala cukup makan, sekarang semakin ok, ekonomi, kemudahan dan segalanya," katanya.

Wartawan KLPOS juga sempat mengambil maklum balas daripada golongan belia berkenaan perkara sama.
alt
"Saya nampak pembangunan di daerah Kluang ini cukup pesat. Keselamatan makin terjamin, ekonomi juga semakin rancak," ujar Nasruddin, 18.
alt

"Bagus, mall (pusat membeli belah) semua dekat. Soal keselamatan juga adalah baik," ujar Kho Lin Chin, 18.
Sumber: http://www.klpos.com/ekslusif/54771-rakyat-johor-bersyukur-dengan-kepimpinan-bn

Monday, 22 April 2013




KUALA LUMPUR, 22 April – Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin (LD) UMNO memecat seramai 61 orang ahli UMNO yang telah bertanding sebagai calon bebas di kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta.

Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen berkata tindakan ini dibuat selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan UMNO yang menyatakan mana-mana ahli UMNO yang bertanding sebagai calon bebas akan di pecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.

“Surat-surat pemecatan keahlian yang telah ditandatangani oleh saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin telah dihantar pada hari ini juga untuk dimaklumkan secara rasmi kepada mereka yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelasnya, Jawatankuasa Khas LD UMNO juga akan memanggil 3 orang lagi ahli UMNO dalam minggu ini untuk tunjuk sebab kenapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap mereka kerana menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon yang baru lepas.

“Mereka ini dipanggil di bawah falsal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca bersama perkara 3 Tataetika Ahli UMNO berikutan gagal mengikut perintah-perintah Parti atau gagal menjalankan dasar-dasar parti.

Berikut adalah senarai nama anggota parti yang dipecat dari UMNO:

1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA)

2. PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI HAJI MOHD SHARIFF BIN HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG)

3. PARLIMEN SEPANG – DATO’ HAJI SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN)

4. HANAPIAH BIN MOHAMAD

5. DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI BIN SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG)

6. PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK – SUKERI BIN ABD SAMAT (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN)

7. MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.)

8. DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR) – YAACOB BIN MAN (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

9. DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI) – MOHD. YUSOF BIN LAZIM (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

10. DUN NENGGIRI (GUA MUSANG) – ABDUL AZIZ BIN MOHAMED (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

11. PARLIMEN LEMBAH PANTAI – RUSLI BIN HAJI BABA

12. PARLIMEN BERA- MOHD. WALI ALANG AHAMAD

13. PARLIMEN PERMATANG PAUH – DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN

14. DUN LENGGENG (SEREMBAN) – ZULKIFLI BIN ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.)

15. DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS) – MOHD NIZAM BIN IBRAHIM

16. DUN KAJANG (HULU LANGAT) – MOHD KHALID BIN KASSIM (KETUA CAWANGAN)

17. DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR) – FADZIL BIN HANAFI

18. DUN SUNGAI LIMAU (JERAI) – SOBRI BIN AHMAD

19. PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG- ZAINUDIN BIN YOM

20. DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH) – SHAMSUT TABREJ BIN G.M ISMAIL MARICAR

21. DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA) – MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN BIN MOHD ABDUL KADER

22. PARLIMEN TANJONG KARANG – MASRUN BIN TAMSIR

23. DUN KUALA PERLIS (KANGAR) – SHAARI BIN LUDIN

24. DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)- AMEIR BIN HASSAN

25. DUN SUNGAI TIANG (PENDANG) – HAJI ROSLI BIN OMAR

27. PARLIMEN BAGAN SERAI – ABDUL LATIF BIN MASUD

29. DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI) – HALIDI BIN WAHAB

30. DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG) – ZULKEFLI BIN IBRAHIM

31. DUN PENGKALAN BAHARU (BERUAS) – AHMAD NIZAM BIN IBRAHIM

32. PARLIMEN KOTA BELUD – LAMSIL BIN HAMIDSOR

33. PARLIMEN LIBARAN – SAHAR BIN SAKA

34. PARLIMEN KALABAKAN – MOHD BIN MANUKE

35. DUN SULAMAN (TUARAN) – ALI AKBAR BIN KAWI

36. DUN LUMADAN (SIPITANG) – RAPAHI BIN EDRIS

37. DUN SUGUT (BELURAN) – ABDUL RAHMAN BIN ATANG

38. DUN LAHAD DATU (SILAM) – ALIANDU BIN ENJIL

39. DUN SULABAYAN (SEMPORNA) – GHAZALIE BIN PG. HINDI @ ABDUL GHANI

40. HUSSEIN BIN MUMAKIL

41. JULKALANI BIN ABD RAHMAN

42. MAMAT BIN BALHANA

43. DUN SENALLANG (SEMPORNA) – AB KARIM BIN TALIP

44. ABDUL MANANG BIN HATIB LAWARI @ OS

45. ATAL MUHAMMAD BIN K.K ABD MENANG

46. DUN MEROTAI (KALABAKAN) – RITA RUDIANSAH BIN ABU BAKAR

47. DUN SEBATIK (KALABAKAN) – MOHAMAD YUSUP BIN LEWAH

48. DUN SULAMAN (TUARAN) – ARIFFIN BIN HARITH

49. AK. ALIUDDIN BIN PG. MOHD. TAHIR

50. DUN LUMADAN (SIPITANG) – SAUDI BIN SUHAILI

51. DUN KARANAAN (RANAU) – MAT JAILI BIN SAMAT

52. DUN LIAWAN (KENINGAU) – NUSLEH BIN MADARAK

53. PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN – FATIMAH BINTI AGITOR @ MOHD DAUD

54. PARLIMEN BELURAN & DUN SUGUT – DATU KAMARUDDIN BIN MUSTAPHA

55. DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN) MOHD ARSHAD BIN ABDUL

56. DUN KUNAK (SILAM) – HUSSEIN BIN IBNU HASSAN

57. SHARIF SHAMSUDDIN BIN SHARIF SAGAF

58. PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG – DATU BADRUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA

59. PARLIMEN RANAU & DUN PAGINATAN – YAZID BIN SAHJINAN

60. PARLIMEN TAWAU – AHMAD BIN AWANG @ MADON

61. PARLIMEN KALABAKAN – YAHYA BIN ZAINAL


"Lembaga Disiplin UMNO sekali lagi mengingatkan anggota UMNO bahawa lembaga disiplin telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana ahli UMNO yang melakukan kesalahan sabotaj parti dalam tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

"Tindakan tegas termasuk pecat dan gantung keahlian akan diambil setelah bukti-bukti dan laporan daripada pemantau yang dilantik diterima dan disiasat secara terperinci," katanya.

Ahmad Rithaudeen juga meminta semua ahli parti supaya bersatu-padu dan menyokong calon-calon Barisan Nasional (BN) yang dinamakan bertanding oleh pucuk pimpinan parti.

"Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti dan BN," katanya. - BERNAMA

Sumber: http://klpos.com/pru13/54641-bertanding-bebas-lembaga-displin-pecat-61-ahli-umno-

Sunday, 21 April 2013


KESILAPAN SPR TELAH MENGAKIBATKAN BARISAN NASIONAL KEHILANGAN PERAK DAN SELANGOR PADA PILIHANRAYA UMUM 2008.

Pakatan Rakyat tidak sah di sisi undang2 pertubuhan. Jika ada yang kata boleh, maka tiada gunanya BARISAN NASIONAL didaftarkan.


SELANGOR ( 56 )
BARISAN NASIONAL 20
PAS 8
DAP 13
PKR 15

PERAK ( 59 )
BARISAN NASIONAL 28
PAS 6
DAP 18
PAS 7

Jumlah kerusi yang dimenangi lebih besar dari parti pembangkang yang bertanding pada tahun itu.

Kesilapan pegawai SPR yang dipertanggungjawabkan mengendalikan proses pengiraan undi telah mengisytiharkan PAS, DAP, PKR sebagai satu PAKATAN yang sah dan telah mengesahkan keputusan tersebut. Kemenangan ini membolehkan mereka menubuhkan kerajaan yang baru.

Umum mengetahui PAKATAN RAKYAT bukan satu pertubuhan yang sah dan tidak berdaftar dengan ROS. Mereka bertanding atas kapisiti parti masing masing dan membuat satu persefahaman untuk menentang BARISAN NASIONAL.

Pada PILIHANRAYA UMUM 2013 ini mereka masih membentuk satu persefahaman untuk bertanding menentang BARISAN NASIONAL dengan menggunakan simbol parti masing masing.

Memandangkan PAKATAN RAKYAT masih belum didaftarkan pengiraan undi dan pengisytihan kemenangan haruslah berpandukan parti yang ditandingi secara berasingan bukan sebagai satu pertubuhan.

Pihak SPR dinasihatkan agar lebih berhati hati dalam menguruskan PRU2013 dan tidak mengulangi KESILAPAN MEREKA pada PRU 2008 yang lalu. 




Saturday, 20 April 2013

Pertandingan 4 penjuru di Parlimen Sepang yang diketuai oleh Dato Sri Ir Mohd Zin Mohamed
#SayangiSelangor

Fitnah dari pembangkang. Tun Dr Mahathir sekarang berada di Kedah untuk memberi sokongan buat anakanda, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir


Calon BN Dun N42 Tualang Sekah , Nolee Ashilin Dato Mohd Radzi



Calon BN P194 Petrajaya - Datuk Fadillah Yusof


Calon P63 Parlimen Tambun, Dato Seri Ahmad Husni Hanadzlah bersama Calon N23 Majoi Mohd Ziad Dato Hj Mohd, N24 Hulu Kinta Dato Aminuddin Hj Mat Hanafiah


Calon BN P26 Ketereh, Tan Sri Annuar Musa 
#TukarKelantan
#BoLaWei


Calon BN Parlimen Seputeh P122, Nicole Wong Siaw TIng. 


Calon BN P146 Muar - Dato Razali Ibrahim


Calon BN P131 Rembau YB Khairy Jamaluddin, Calon BN N27 Rantau Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan. Turut serta, Ghazali Abd Wahid Calon BN N25 Paroi, Zaiful Sahri Idris Calon BN N26 Chembong, Dato Awaludin Said Calon BN N28 Kota


Calon BN P60 Parlimen Taiping, Datuk Tan Lian Hoe


Foto dari majlis penamaan calon di Segamat, Johor. Calon BN P140 Datuk Seri Dr. S.Subramaniam, Calon BN N1 Buloh Kasap, Norshida Ibrahim, dan Calon BN N2 Jementah Dr Lee Hong Tee.



Calon BN untuk P120 Parlimen Bukit Bintang, Frankie Gan Joo Zin


Calon BN Dun N20 Lembah Jaya, Ampang Baderisham Hj Jolly


Calon BN di P75 Bagan Datoh, Dato' Seri Zahid Hamidi di majlis penamaan calon bagi mempertahankan kursinya.

Calon dari Parlimen P125 Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN) lawan Datuk Husam Musa (PAS)


Calon BN bagi kerusi Parlimen Jerlun P5 Datuk Othman Aziz, DUN N4 Ayer Hitam, Datuk Mukhriz Mahathir dan DUN N3 Kota Seputih, Datuk Abu Hasan Sarif bersama penyokong Barisan Nasional


Calon BN Parlimen P116 Wangsa Maju Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah


TERKINI - Calon BN DUN Kampung Tunku N35 , Chong Seng Foo @ Kelvin Chong di majlis penamaan calon.


Calon P121 Parlimen Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik
#BetterNation #GE13


TERKINI - Dato Sri Najib Tun Razak di majlis penamaan calon untuk mempertahankan kursi Parlimen Pekan P085. Beliau akan ditentang oleh Fariz Musa dari PKR.


Bekas Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah turut sama memberi sokongan kepada calon BN Parlimen P126 Jelebu, Hj Zainuddin Ismail.