Monday, 4 February 2013



Salam kepada semua,

Kementerian Kewangan melalui  Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan kepada pihak media telah menjelaskan bahawa :

Isi rumah yang layak memohon pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, adalah merujuk kepada :
-          Seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
-          Setiap anak yang telah berkahwin dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah, tetapi tinggal serumah dengan ibu bapa (yang masih bekerja atau tidak ), dikira sebagai satu isi rumah yang berlainan.

Takrif Ketua Keluarga ini merangkumi :
-          individu yang berkahwin
-          ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
-          bujang yang mempunyai tanggungan
-          dan warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) sebatang kara.

Takrif pendapatan kasar isi rumah merujuk kepada :
-          pendapatan suami + pendapatan isteri + tanggungan yang masih bujang (jika anak telah bekerja dan tinggal bersama keluarga)

Pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada 10 Disember ini hingga 10 Januari 2012.

Hanya ketua isi rumah ( mengikut takrif ketua keluarga di atas) sahaja yang layak untuk memohon
Borang pendaftaran boleh didapati secara percuma di :
- Jabatan Pembangunan Persekutuan /Negeri
            - Jabatan Penerangan Malaysia
- Pejabat Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- akhbar –akhbar harian tempatan.

Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan salinan kad pengenalan dan slip gaji (jika berkenaan) dan diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, Jabatan Penerangan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDNM.

Pendaftaran secara terbuka akan dilakukan pada tarikh dan waktu yang ditetapkan seperti di:
-          di sekolah-sekolah yang akan diumumkan
-          dewan-dewan komuniti
-          dewan-dewan orang ramai

Pemohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pembayaran dibuat mulai Januari 2012.

Kementerian Kewangan telah membuka Bilik Gerakan yang beroperasi setiap hari bekerja, mulai
jam 9 pagi hingga 5 petang bagi memudahkan orang ramai mendapat penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan BR1M.

Sila Hubungi: 1-800-222-500 bermula hari ini.

P/S: Kepada yang layak menerima bantuan itu nanti , gunakanlah wang tersebut untuk meringankan beban saran keluarga dengan berhemah. Jangan pula nanti ada yang siap pasang angan-angan hendak beli itu beli ini , dan akhirnya tidak memberikan sebarang kesan langsung.

Wassalam...


Read more: http://maidaribendang.blogspot.com/2011/12/syarat-cara-cara-memohon-bantuan-rakyat.html#ixzz2JtuqAeAb


0 comments:

Post a Comment