Friday, 1 March 2013

Sumber dari MYMEDIALAB menulis...

PUTRAJAYA: Sebuah jambatan menghubungkan laluan dari Aman Putra, Puchong ke Cyberjaya runtuh kira-kira jam 1 petang, hari ini.

Jambatan berkenaan dibina melintasi Lebuh Raya Plus Putrajaya menghubungkan laluan ke Johor Bahru, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Ipoh, Shah Alam dan Subang Jaya.

Difahamkan, jambatan yang runtuh itu milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan belum digunakan untuk laluan orang ramai.

Tinjauan di tempat kejadian juga mendapati masalah berkenaan tidak mengganggu perjalanan pengguna lalu-lintas dan tiada kecederaan serta kematian dilaporkan.

Jambatan yang runtuh adalah jambatan yang tidak digunakan sejak ia siap Disember lalu. Ia adalah jalan keluar dr highway ke Cyberjaya Sccience Park dan dikendalikan serta diurus oleh PKNS, di ulangi PKNS bukan Plus atau mana2 syarikat lain. Plus hanya mengendalikan jalan yang melaui di bawah jambatan tersebut sahaja.....

DIULANGI, PKNS!


Runtuh mesti sebab kontraktor yang dilantik PKNS tanam cerucuk besi ala-kadar (tak berapa dalam) dalam tanah paya tu atau tak cukup guna besi diorang tambah guna kayu maklumlah kayu balak tengah banyak. Lagi banyak dapat untung kalau pandai 'cut-corners' kurangkan penggunaan bahan penting dan mahal.

0 comments:

Post a Comment