Tuesday, 23 April 2013


Dalam siri kempen untuk Gelang Patah, calon DAP Lim Kit Siang beberapa kali sengaja bertanya soalan kepada penyokong-penyokong PR tentang siapakah yang jadi pilihan rakyat untuk jawatan PM. Kit Siang menyebut empat pilihan iaitu Najib Razak, Muhyiddin Yassin, Tun Mahathir Mohamad dan Abdul Hadi Awang, yang mana disambut dengan “Hadi Awang” oleh penyokong-penyokong.

Kenapa Kit Siang tidak menyebut nama Anwar Ibrahim? Ini menimbulkan pelbagai persoalan. Terasnya Kit Siang sendiri tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi PM. Ini juga boleh dilihat sebagai usaha Kit Siang menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh lawan beliau calon BN Datuk Ghani Othman jika masyarakat Cina mengundi DAP bermakna mereka menyokong Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.

Macam mana ni? Kata Pakatan Rakyat tapi nampaknya masih tak bersepakat lagi nak memilih bakal PM seandainya PR berjaya dalam PRU 13 nanti. Issshhh!!! Susah rakyat nanti kalau kerajaan yang dibentuk asyik bertelagah dan tak sehaluan dalam membuat keputusan. Yelah bila 1 Perahu ada 3 Nakhoda silap-silap boleh tenggelam perahu tersebut.

So buat pengundi semua sepatutnya dah Nampak dan dah tahu parti mana yang lebih layak memimpin dan mentadbir Negara kita tercinta Malaysia.

alt
Pembangunan adalah sesuatu perkara yang dititik beratkan oleh setiap warganegara.

Ini kerana pembangunan yang baik mampu memberi hasil positif dari pelbagai aspek termasuk perkembangan ekonomi, sosial dan sebagainya.

Menjelang hari pembuangan undi 5 Mei ini, rakyat diangkat sebagai 'raja' kerana setiap satu undi mereka menjadi penentu kepada penubuhan kerajaan di sesuatu kawasan.

Persoalannya, apakah setiap kerajaan yang dipilih itu mampu untuk memberi sesuatu yang baik atau sebaliknya?

Lantas yang demikian, wartawan KLPOS telah mendapatkan beberapa reaksi orang ramai di negeri Johor berhubung soal pembangunan di negeri itu.
alt
Menurut Sarinah, 53, pembangunan di sekitar negeri Johor dilihat semakin membangun dan mengharapkan ia berterusan.

"Pembangunan sekarang lebih baik daripada dulu. Pentadbiran juga nampak peningkatan, termasuk kebersihan disini," katanya ketika ditemui oleh wartawan KLPOS di sini hari ini.
alt
Ia turut dipersetujui seorang ibu, Patmawani, 49, yang berterima kasih kepada kepimpinan kerajaan negeri kerana membuka banyak peluang pekerjaan.

"Dulu Kluang bandar kecil, sekarang sudah besar.Dulu estet, sekarang kita kerja di bandar," katanya.
alt
Sementara itu Noraini, 47, yang menetap di negeri Johor lebih 30 tahun memberitahu pembangunan di sekitar bandar itu bukan sahaja merangkumi pada bangunan malah jalanraya juga yang disifatkannya semakin baik.

Beliau turut bersyukur dengan keamanan dan hidup dalam masyarakat majmuk yang harmoni.

"Banyak perubahan, pembangunan. Dulu tak macam ini, jalanraya juga semakin bagus. Bersyukur duduk di Malaysia yang aman damai dan masyarakat juga bersatu-padu," ujarnya.
alt
Bagi Mohd Nazri, 45, yang juga seorang peniaga, pembangunan di Johor sangat ketara dan perkembangan ekonomi dan kemudahan yang disediakan juga memberi sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada warga setempat.

"Memang ketara, nampak maju. Bangunan juga banyak dinaikkan. Dulu kalau kita nak meniaga pun ala-ala cukup makan, sekarang semakin ok, ekonomi, kemudahan dan segalanya," katanya.

Wartawan KLPOS juga sempat mengambil maklum balas daripada golongan belia berkenaan perkara sama.
alt
"Saya nampak pembangunan di daerah Kluang ini cukup pesat. Keselamatan makin terjamin, ekonomi juga semakin rancak," ujar Nasruddin, 18.
alt

"Bagus, mall (pusat membeli belah) semua dekat. Soal keselamatan juga adalah baik," ujar Kho Lin Chin, 18.
Sumber: http://www.klpos.com/ekslusif/54771-rakyat-johor-bersyukur-dengan-kepimpinan-bn

0 comments:

Post a Comment